Tuesday 19 August 2014

Dalam Poket Doraemon
Pada badan Doraemon terdapat kocek empat dimensi yang digunakannya untuk mengeluarkan pelbagai alatan canggih (道具, dōgu) yang boleh membantu Nobita dan kawan-kawannya. Berikut merupakan alatan-alatan yang paling asas dan seringkali digunakan kepunyaan Doraemon:

Buluh Terbang (タケコプター takekoputā) - Dipasang di atas kepala untuk terbang di langit.

Pintu Suka Hati (どこでもドア dokodemo door) - Membolehkan sesiapa pergi ke mana sahaja yang dihendaki dengan cuma melalui pintu ini.

Mesin Cahaya Masa (タイムマシン time machine) - Membolehkan rentasan masa dari zaman ke zaman. Mesin ini diletak dalam laci meja Nobita.


Lampu Pengecil (スモールライト Small light) - Mampu mengecilkan saiz objek atau orang yang dipancarkan cahaya kepadanya.



Cerita Panjang Doraemon adalah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio tentang Doraemon, Nobita dan kawan-kawannya. Berbeza daripada cerita bersiri, cerita panjang ini mengambil masa yang lebih lama dan melibatkan cerita di luar kawasan biasa mereka kerana melibatkan dimensi, ruangan, masa dan planet yang lain. Watak baru yang khusus bagi cerita tersebut juga akan diperkenalkan bagi membimbing Nobita, Doraemon dan rakan-rakannya menjelajah dan tidak kurang juga yang merumitkan keadaan mereka.
Cerita panjang Doraemon kebanyakannya telah dijadikan filem manga dan telah dan akan diterbitkan semula serta ditayangkan di pawagam.

Nobita dan Dinosaur: Cerita ini mempunyai kaitan (malah mungkin sambungan) kepada salah satu cerita bersiri manga. Cerita ini mengisahkan Nobita menemui sebiji fosil telur dinosaur dan dia memulihkan dengan kain masa untuk dieram serta ditetaskan. Apabila dinosaur itu menetas, dia dinamakan "Pisuke". Walau bagaimanapun, saiznya yang semakin membesar membuatkan penduduk setempat mengesyaki akan kewujudan Dinosaur dan Doraemon memaksa Nobita meletakkan Pisuke ke zaman purba iaitu "tempat asalnya". Disebabkan Nobita telah bertaruh dengan Suneo dan Giant untuk menunjukkan fosil hidup Dinosaur, Nobita membawa Suneo, Giant, Shizuka bersama Doraemon menemui Pisuke di zaman purba. Ketika itu, penjelajahan mereka bermula apabila mereka dikejar kumpulan pemburu dinosaur yang ingin mendapatkan Pisuke.

Sejarah Penerokaan Angkasa Lepas: Kisah ini pula mengisahkan Nobita terjumpa satu jalan keluar ke sebuah kenderaan milik pengguna yang berada di planet lain. Nobita dan Doraemon berkawan dengan orang di planet itu dan mendapati planet mereka aman damai. Walau bagaimanapun, planet itu diancam bahaya kerana sumber yang diburu oleh sebiiah syarikat galian dan kini, Nobita dan Doraemon perlu membantu warga planet itu untuk menyelamatkan tanah mereka dari dimusnahkan.

Penjelajahan Alam Misteri : Nobita menemui sebuah negara yang tersembunyi di sebalik rimbunan hutan Afrika. Mereka membantu seekor anjing untuk memulihkan negaranya yang diperintah oleh kuku besi yang telah merampas harta daripadanya. Seperti biasa, Doraemon dengan yang lain akan menjelajah ke benua Afrika yang liar untuk tiba ke negara tersebut dan menempatkan semula pewaris takhta yang sepatutnya.

Kubu Hantu di Dasar Laut : Nobita, Doraemon, Sinyu, Giant dan Sizuka bercuti di dasar laut setelah bertengkar tentang percutian sama ada di pergunungan atau di pantai. Mereka turut teruja dengan kapal yang dipenuhi oleh emas yang ditemui secara misteri di perairan. Di dasar laut, mereka menemui misteri apabila berjumpa dengan ketamadunan bawah laut, manusia dasar laut dan kubu hantu yang terletak di Segitiga Bermuda. Terpulang kepada mereka kini untuk pulang hidup-hidup dan pada masa yang sama menyelamatkan bumi serta orang dasar laut.

Penjelajahan Sarang Hantu : Nobita menggunakan 'telefon' Doraemon dan meminta dia berada di dunia sihir. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menentu dan tidak terkawal apabila kedua-dua dunia tersebut telah bercampur aduk dan di ancam oleh hantu yang berada di 'planet' lain yang ingin mengawal bumi. Doraemon dengan Nobita perlu memasuki sarang hantu tersebut untuk membunuh ketua hantu agar dapat menyelamatkan bumi dan mengembalikan keadaan seperti sedia kala.

Perang di Angkasa Lepas : Nobita telah menemui sejenis makhluk angkasa lepas yang sangat kecil dan menyelamatkannya. Mahkluk tersebut meminta bantuan Nobita dan yang lain untuk menyelamatkan planetnya daripada ancaman diktator kuku besi yang mengongkong mereka. Doraemon dan yang lain yang turut dikecilkan bersetuju untuk membantu.

Nobita dan Panglima Besi : Kali ini Nobita menemui sebuah robot misteri tanpa mengetahui robot itu bakal membawa masalah. Tambahan pula, sebuah robot wanita telah muncul dan mencetuskan permasalahan yang memeningkan Nobita dan Doraemon apabila kaum robot ingin menyerang bumi dan menangkap semua manusia untuk dijadikan hamba. Seperti biasa, Nobita, Doraemon dan yang lain perlu memulihkan keadaan.

Penunggang Dinosaur : Setelah memperoleh keputusan yang teruk, Nobita perlu menyembunyikan kertas ujiannya. Doraemon mencari lubang bawah tanah untuk dijadikan tempat persembunyian yang kemudiannya digunakan sebagai tempat mereka bermain. Walau bagaimanapun, Sinyu terserempak dengan benda yang tidak sepatutnya dan membawa mereka ke penjelajahan bawah tanah yang merupakan dunia kepada dinosaur dan manusia dinosaur. Tetapi, manusia dinosaur mempunyai agenda terhadap manusia di muka bumi dan terpulang kepada mereka berlima untuk meleraikan kekeliruan yang dihadapi oleh manusia dinosaur.

Kelahiran Negeri Jepun : Terowong masa mengalami gangguan lalu membawa seorang budak dari zaman purba ke bilik Nobita. Maka, Doraemon dan yang lain perlu membantu untuk menghantar pulang budak tersebut (dalam pada masa yang sama pergi bercuti). Tetapi di sana, mereka sedar yang budak itu mengalami maslaah besar terhadap kaumnya dan mereka perlu membebaskan keluarga budak tersebut dari belenggu yang tidak sepatutnya berlaku.

Bintang Misteri : Nobita yang mengigau telah terjumpa sebuah jalan ke planet yang didiami binatang yang mampu bercakap dan berjalan seperti manusia. Perjalanan pergi balik mereka dan persinggahan mereka di sana tidak bermasalah hinggalah jalan pintas itu hilang dan planet tersebut diserang. Mereka perlu membantu haiwan di planet itu agara keindahan planet itu tidak diceroboh dan dimusnahkan

Negara Lagenda : Pengembaraan ke dalam buku amat menyeronokkan tetapi tidak jika tersangkut di dalamnya. Begitulah yang dialami mereka apabila Sizuka terkandas di dalam buku "Sindbad". Yang malang sekali, kecuaian Nobita membuatkan emaknya membakar helaian buku tersebut dan menghalang mereka menyelamatkan Sizuka secara terus. Kini mereka terpaksa menyusuri sejarah Hikayat Seribu Satu Malam untuk menjejaki Sizuka dan menyelamatkannya.

Negara Awan : Angan-angan Nobita akan wujudnya negara kayangan di atas langit menjadi kenyataan apabila Doreamon membina negara di atas awan yang dibekukan. Walau bagaimanapun, mereka telah terjumpa negara awan yang bukan milik mereka dan mendapati wujudnya ketamadunan dan pemuliharaan haiwan yang telah pupus di sana. Malangnya, mereka mengancam untuk menenggelamkan bumi dengan banjir besar kerana kemusnahan teruk yang dilakukan penduduk muka bumi. Kini, mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menghalang rancangan menenggelamkan bumi itu.

Istana Emas Putih : Percutian tidak menyeronokkan jika tidak memperoleh tempat percutian yang selesa dan tidak terlalu ramai. Mereka menemui "Istana Emas Putih" yang dikendalikan oleh robot dan berada di sebuah pulau yang pelik. Walau bagaimanapun, keadaan tidak menjadi baik apabila Doraemon diculik ke planet yang diperintah robot dan Nobita serta yang lain terpaksa berkejar untuk menyelamatkan Doraemon dan manusia di planet itu agar tidak terus diperintah oleh robot.

Tiga Sekawan Pahlawan Pedang Impian : Impian mereka untuk menjadi pahlawan menjadi kenyataan apabila Doraemon menggunakan alatnya untuk memasukkan Nobita dan yang lain ke alam mimpi. Tetapi seperti biasa, keadaan tidak menjadi seperti yang diduga dan dengan berbekalkan pedang dan semangat bersama, mereka perlu menjelajah alam mimpi tersebut, bertentang dengan naga agar dapat mengembalikan puteri Sizuka ke istana dengan selamat dan menyelamatkan istana tersebut daripada ancaman.

Kisah Penciptaan Dunia : Nobita diberikan alat oleh Doraemon untuk mempelajari bagaimana terciptanya dunia dengan model penciptaan dunia. Kini, Nobita perlu mencipta dunia seperti yang sepatutnya dan melihat perkembangan dunia tersebut. Walau bagaimanapun, sejarah dunia ciptaan Nobita tidak selari dengan dunia sebenar apabila sedikit kesilapan dilakukan ketika mereka singgah dahulu yang menyebabkan serangga mempunyai kuasa di dunia bawah tanah.

Keretapi Ekspres Galaksi : Iri hati dengan Sinyu yang dapat menaiki Keretapi Ekspres, Doraemon membelikan tiket Keretapi Ekspres Galaksi yang membolehkan perjalanan ekspres merentasi galaksi ke bintang permainan dan percutian. Walau bagaimanapun, spesis parasit telah muncul di sana dan ingin menguasai alam semesta. Mereka perlu menghalangnya sebelum manusia dipergunakan parasit tersebut dan menjalankan rancangan yang lebih teruk lagi.

Penjelajahan di Bandar Raya Alat Mainan : Nobita dan yang lain mencipta dunia yang hanya didiami oleh alat mainan. Kehidupan semuanya berjalan lancar apabila seorang pencuri muncul dan mengkucar-kacirkan bandar raya. Nobita pula berjumpa dengan 'benda' ajaib yang mendakwa dirinya pencipta alam semesta. Dengan keyakinan yang diberi, Nobita perlu membimbing yang lain untuk menyelamatkan bandar raya tersebut.



Penjelajahan Laut Selatan : Nobita yang berlayar untuk mendapatkan harta karun di pulau terpencil telah menemui sebuah kapal lanun yang sesat. Mereka telah bertembung dan Nobita telah hanyut di bawa arus. Kemudian bersama-sama menuju ke pulau harta karun dengan harapan dapat berjumpa dengan Nobita dan lanun yang telah hilang. Tanpa diduga, mereka menemui pelbagai hidupan pelik di sana yang membuatkan mereka diancam masalah baru.

Pengembaraan di Angkasa Lepas : Kisah ini lebih kepada ala-ala Star Wars iaitu seorang budak yang bapanya telah dipengaruhi oleh penjahat malah memusuhi anaknya sendiri. Budak tersebut bersama kawannya iaitu pari-pari dan robot ingin mencari tempat hidup yang baru dan kemudian berjumpa dengan Nobita. Nobita dan yang lain kemudiannya membantu budak itu menentang kembali penjahat dan menyedarkan semula bapanya bersama kenangan ibunya yang telah tiada.

Lagenda Raja Matahari : Nobita telah tertukar tempat dengan seorang raja dari zaman dahulu. Doraemon perlu mencari Nobita dan menghantar raja tersebut pulang tetapi Nobita pula mempunyai agendanya iaitu menyelamatkan puteri yang diculik untuk dijadikan korban ketika gerhana matahari. Mereka kemudian berganding bahu bersama-sama menyelesaikan misi mereka.

Nobita dan Pahlawan Burung : Nobita dan Doraemon terjumpa seekor manusia burung tidak tahu terbang dan kini mereka bersama-sama untuk membantunya memenangi perlumbaan kelayakan untuk menjadi patrol burung penghijrahan. Walau bagaimanapun, ada yang lebih buruk berlaku iaitu munculnya raksasa yang telah lama dibekukan yang memaksa mereka membantu menyelamatkan keadaan dan memanggil keluar manusia burung yang digeruni dalam legenda untuk membantu mereka.

Negara Robot Nobita : Nobita telah menemui sebuah robot kanak-kanak yang datang secara tiba-tiba melalui perkhidmatan penghantaran robot. Robot kanak-kanak itu kemudiannya membawa Nobita dan yang lain ke tempatnya yang ketika itu diperinta oleh permaisuri kejam yang mengikut dan memberi arahan kepada robot. Permaisuri itu dahulunya adalah kawan sepermainan robot kanak-kanak itu. Mereka perlu membantu menyedarkan permaisuri dan membantu memulihkan pemerintahan yang adil antara robot dan manusia.

Nobita dan Pesuruh Angin : Nobita menemui pusaran angin yang boleh berinteraksi. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kembar jahat yang apabila digabungkan, akan membentuk angin bencana yang dahsyat. Angin itu juga menemukan Nobita dan yang lain dengan masyarakat yang menggunakan angin sebagai pengangkutan mereka. Walau bagaimanapun, hantu jahat yang mencipta angin kembar itu kini mengancam mereka dan mereka pelu menentangnya.


Ruang Masa Kucing Anjing : Nobita menghantar anjing peliharaannya dan anjing serta kucing terbiar yang lain ke zaman purba untuk hidup dengan aman. Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila kucing dan anjing berevolusi lalu membantu ketamadunan sebelum wujudnya manusia purba. Walau apapun, Nobita ingin bertemu dengan anjing peliharaannya itu dan memerangi sindiket kotor yang ingin merampas sumber kuasa utama kerajaan yang kini bertahan sebelum mereka berhijrah keluar dari muka bumi.

Ang, ang, ang! :) Filem Doraemon telah banyak dihasilkan sejak 1980-an. Dan hari ini, saya akan berkongsi kepada semua rakan-rakan tentang koleksi filem Doraemon!

Berikut merupakan koleksi filem Doraemon: 

Spin-offs
The Doraemons  · Dorabase

Feature-films
Era 1979-2005
Dinosaur (1980)  · Spaceblazer (1981)  · Haunts of Evil (1982)  · Monstrous Underwater Castle (1983)  · Into the Underworld (1984)  · Little Star Wars (1985)  · Steel Troops (1986)  · Knights of Dinosaurs (1987)  · Journey to the West (1988)  · Birth of Japan (1989)  · Animal Planet (1990)  · Dorabian Nights (1991) · Kingdom of Clouds (1992)  · Tin-Plate Labyrinth (1993)  · Fantastic Three Musketeers (1994)  · Genesis Diary (1995)  · Galatic Express (1996)  · Clockwork City (1997)  · South Sea Adventure (1998)  · Drifts in the Universe (1999)  · Legend of the Sun King (2000)  · Winged Braves (2001)  · Robot Kingdom (2002)  · The Wind Wizard (2003)  · Wannyan Space-Time Odyssey (2004)

Era 2005- Kini
Dinosaur 2006 (2006)  · New Into the Underworld (2007)  · The Green Giant Legend (2008)  · Spaceblazer 2009 (2009)  · Doraemon: Nobita Great Battles of the Mamaid King (2010)  · Doraemon: Nobita and the New Steel Stroops - Wingled Angles (2011)  • Doraemon: Nobita and Miracle Island - Animal Adventure (2012)  • Doraemon: Nobita's Secret Gadget Museum (2013)  • Doraemon: Nobita's New Great Demon - Peko and the exploration of five (2014)  • Stand by Me Doraemon (2014) Doraemon: Nobita no Space Heroe Uchū Eiyū-ki (2015)
Short Films

Mini-Dora SOS (1989)  · Hello Dinosaur Kids! (1993)  · Blue Store Hat (1994)  · The Birth of Doraemon (1995)  · Robot School's Seven Mysteries (1996)  · Kaito Dora-ban Mystery Challenge! (1997)  · Ganbare! Jaian! (2001)  · Doraemon 3D Short (2011)
Games

Giga Zombie no Gyakushū (1990)  · Nobita to Mittsu no Seirei Ishi (1997)  · Nobita to Hikari no Shinden (1998)  · Nobita no Machi SOS! (2000)  · Minna de Asobō! Minidorando (2003)  · Dinosaur 2006 DS (2006) · Into the Underworld DS (2007)  · Doraemon Wii (2007)  · The Green Giant Legend DS (2008)  · Doragana (2008) · Spaceblazer DS (2009)  · The Doraemons Game (TBA)  · Doraemon Online (TBA)
Musicals

Animal Planet (musical)
Soundtracks

Doraemon No Uta (2005)  · Hagushichao (2005)  · Into the Underworld Soundtrack  · Yume wo Kanaete Doraemon (2007)  · The Green Giant Legend Soundtrack (2008)  · I Like To Move It Move It: Dance with Doraemon! (2010)

Sumber: Templat: Koleksi Doraemon. http://ms.wikipedia.org/wiki/Templat:Koleksi_Doraemon. 

Sunday 17 August 2014

Watak utama
Doraemon (ドラえもん)
  
Doraemon merupakan seekor kucing robot, yang menjadi pembimbing dan pembantu Nobita. Dia dihantar ke masa kini oleh keturunan Nobita pada abad ke-22, Sewashi. Doraemon dihasilkan di kilang robot pada 3 September 2112. Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimakan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus, meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah dorayaki, sejenis kuih Jepun berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", dora neko, dan bahagian emon yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada nama Horiemon. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, dengan tangan dan kaki berwarna putih, ekor merah. Berat badannya 129.3kg dan berketinggian 129.3cm. Doraemon mempunyai kocek 4-dimensi, semacam tempat menyimpan barang yang tiada had ruang yang selalu Doraemon gunakan untuk mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan membantu Nobita.                                                                                    
Nobita Nobi (野比 のび太 Nobi Nobita)
Nobita merupakan watak utama siri Doraemon. Anak tunggal kepada Nobisuke(野比 のび助) dan Tamako (野比 玉子) ini ialah seorang murid sekolah rendah di Tokyo. Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar hitam. Watak Nobita digambarkan penuh dengan kekurangan. Seorang yang malas, tidak cerdik, lemah, bernasib malang, dan lemah bersukan. Kehidupan seharian Nobita melibatkannya datang lewat ke sekolah, mendapat markah 0 dalam ujian, dimarahi guru, dibuli Giant dan Suneo, juga dimarahi ibunya kerana tidak mahu menyiapkan tugasan. Nobita suka berehat pada waktu tengahari, dan kemalasannya sering menyebabkan kebimbangan ibu bapa dan gurunya. Walau bagaimanapun, kelemahan dan kesusahan Nobita adalah penggerak jalan cerita. Nobita juga mempunyai kebolehan unik seperti kemahirannya dalam menembak dan bermain bunga tali. Walaupun selalu digambarkan sebagai seorang penakut, Nobita amat mementingkan keadilan dan sanggup membahayakan dirinya untuk menyelamatkan orang lain atau sesebuah masyarakat, seperti yang ditunjukkan dalam cerita panjang Doraemon.                                                                                                                                                  
Shizuka Minamoto ( 静香 Minamoto Shizuka)
Shizuka adalah seorang gadis yang sebaya Nobita dan seorang murid yang bijak dan baik hati, yang menjadikannya tarikan kepada Nobita. Nobita terpaksa berebut perhatian Shizuka dengan Dekisugi, seorang budak lelaki yang secerdik Shizuka dan sering memperoleh markah 100% dalam ujian. Shizuka juga kerap mandi, maka terdapat juga adegan Nobita terserempak dengan Shizuka yang sedang mandi secara tidak sengaja.                                                                                                                         
Giant (ジャイアン) (nama sebenar Takeshi Gouda (剛田 Gouda Takeshi)
Turut dikenali sebagai Gakidaisho (ガキ大将)-membawa maksud "ketua jalanan" ), Giant dikenali sebagai kaki buli yang suka mengacau budak-budak lain, terutamanya Nobita. Giant juga gemar menyanyi, dan inilah sesuatu yang paling ditakuti penduduk bandar di sekitarnya kerana nyanyiannya teruk dan terlampau kuat. Namun, dia paling takut akan ibunya sendiri. Sungguhpun sering berkelakuan kasar, Giant amat menyayangi adik perempuannya, Jaiko (ジャイ子) yang bercita-cita menjadi seorang mangaka (pelukis komik).                                                                                                                                                       
Suneo Honekawa (骨川 スネ夫 Honekawa Suneo) (dieja Sinyu dalam sesetengah terjemahan)
Suneo atau Sinyu seorang budak kaya yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk harta kekayaan keluarganya di depan Nobita dan kawan-kawan. Dia sering bersama dengan Giant dan bersama-sama membuli Nobita. Sebenarnya Suneo amat bencikan Giant, maka sebab dia membantu Giant membuli Nobita adalah semata-mata untuk memastikan kebebasannya. Dalam permulaan kebanyakan episod Suneo sering menunjuk-nunjuk permainan video barunya atau pelancongan mahal di depan kawan-kawan. Dia juga mempunyai adik lelaki bernama Sunetsugu (スネツグ) yang sedang tinggal bersama bapa saudaranya di New York.                                                                                                                            
Watak sampingan
Dorami (ドラミちゃん Dorami-chan)
Dorami atau Doralin dalam sesetengah terjemahan merupakan robot berbentuk kucing yang juga merupakan "adik perempuan" kepada Doraemon dari abad ke-22, yang kadang-kala balik ke zaman silam untuk mengunjungi Nobita dan Doraemon.                                                                     
Sewashi (セワシ)                                                                                                           
Sewashi ialah keturunan Nobita pada tahun 2112 yang menghantar Doraemon kembali ke zaman Nobita. Sewashi ialah orang yang membeli Doraemon pada tahun 2112 apabila Doraemon masih bertelinga dan berwarna kuning.                                                                                                                                        
Hidetoshi Dekisugi (出木杉 英才, Dekisugi Hidetoshi)

Dialah rakan sekelas Nobita dan berlawan dengan Nobita untuk merebut perhatian Shizuka.



Sumber: Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Doraemon) 

Siapa Doraemon??

Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (藤子·F·不二雄) (nama asal Hiroshi Fujimoto) pada tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita. Kebanyakan cerita-cerita Doraemon berunsurkan komedi dan nilai-nilai murni seperti kejujuran, ketabahan, dan kehormatan. Pelbagai isu-isu alam sekitar juga sering dikisahkan, ini termasuk pemanasan global, kepupusan haiwan dan habitat, penebangan hutan, dan pencemaran alam. Topik-topik pendidikan seperti dinosaur, teori bumi rata, sejarah Jepun juga sering diceritakan.

Pengarang Doraemon, Fujiko F. Fujio.

Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Disember 1969 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (てんとう虫) (kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.


Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu (手塚治虫文化賞) pada tahun 1997.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Doraemon merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan terjual.

Sumber: Wikipedia

Wednesday 13 August 2014

ANG, ANG, ANG...Inilah blog untuk peminat-peminat Doraemon.
Sebenarnya, saya juga seorang peminat yang gila Doraemon.. HAHAHA
Sebab-sebab saya minat terhadap Doraemon ialah,
1) Doraemon CUTE sangat kerana badannya bulat :P
2) Saya suka warna biru keke :)
3) Saya minat terhadap poket dimensi 4 Doraemon!!
4) Watak-watak dalam komik Doraemon sangat comel dan baik juga :)

Dan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi kepada semua segala tentang DORAEMON! :)

Asal usulnya, fakta yang menarik dan sebagainya...
Please look forward ya! :)

Kepada semua peminat Doraemon juga boleh meninggalkan komen anda dan berkongsi sebarang tentang doraemon di chat box blog saya ya:) 


Sharing is Caring! :D 


;;

By :
Free Blog Templates