Sunday 17 August 2014

Siapa Doraemon??

Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (藤子·F·不二雄) (nama asal Hiroshi Fujimoto) pada tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita. Kebanyakan cerita-cerita Doraemon berunsurkan komedi dan nilai-nilai murni seperti kejujuran, ketabahan, dan kehormatan. Pelbagai isu-isu alam sekitar juga sering dikisahkan, ini termasuk pemanasan global, kepupusan haiwan dan habitat, penebangan hutan, dan pencemaran alam. Topik-topik pendidikan seperti dinosaur, teori bumi rata, sejarah Jepun juga sering diceritakan.

Pengarang Doraemon, Fujiko F. Fujio.

Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Disember 1969 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (てんとう虫) (kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.


Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu (手塚治虫文化賞) pada tahun 1997.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Doraemon merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan terjual.

Sumber: Wikipedia

0 comments:

Post a Comment

By :
Free Blog Templates