Tuesday, 19 August 2014
Cerita
Panjang Doraemon adalah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio
tentang Doraemon, Nobita dan kawan-kawannya. Berbeza daripada cerita bersiri,
cerita panjang ini mengambil masa yang lebih lama dan melibatkan cerita di luar
kawasan biasa mereka kerana melibatkan dimensi, ruangan, masa dan planet yang
lain. Watak baru yang khusus bagi cerita tersebut juga akan diperkenalkan bagi
membimbing Nobita, Doraemon dan rakan-rakannya menjelajah dan tidak kurang juga
yang merumitkan keadaan mereka.
Cerita
panjang Doraemon kebanyakannya telah dijadikan filem manga dan telah dan akan
diterbitkan semula serta ditayangkan di pawagam.
Nobita dan Dinosaur: Cerita ini mempunyai kaitan
(malah mungkin sambungan) kepada salah satu cerita bersiri manga. Cerita ini
mengisahkan Nobita menemui sebiji fosil telur dinosaur dan dia memulihkan
dengan kain masa untuk dieram serta ditetaskan. Apabila dinosaur itu menetas,
dia dinamakan "Pisuke". Walau bagaimanapun, saiznya yang semakin
membesar membuatkan penduduk setempat mengesyaki akan kewujudan Dinosaur dan
Doraemon memaksa Nobita meletakkan Pisuke ke zaman purba iaitu "tempat
asalnya". Disebabkan Nobita telah bertaruh dengan Suneo dan Giant untuk
menunjukkan fosil hidup Dinosaur, Nobita membawa Suneo, Giant, Shizuka bersama
Doraemon menemui Pisuke di zaman purba. Ketika itu, penjelajahan mereka bermula
apabila mereka dikejar kumpulan pemburu dinosaur yang ingin mendapatkan Pisuke.
Sejarah Penerokaan Angkasa Lepas: Kisah ini pula mengisahkan
Nobita terjumpa satu jalan keluar ke sebuah kenderaan milik pengguna yang
berada di planet lain. Nobita dan Doraemon berkawan dengan orang di planet itu
dan mendapati planet mereka aman damai. Walau bagaimanapun, planet itu diancam
bahaya kerana sumber yang diburu oleh sebiiah syarikat galian dan kini, Nobita
dan Doraemon perlu membantu warga planet itu untuk menyelamatkan tanah mereka
dari dimusnahkan.
Penjelajahan Alam Misteri : Nobita menemui sebuah
negara yang tersembunyi di sebalik rimbunan hutan Afrika. Mereka membantu
seekor anjing untuk memulihkan negaranya yang diperintah oleh kuku besi yang
telah merampas harta daripadanya. Seperti biasa, Doraemon dengan yang lain akan
menjelajah ke benua Afrika yang liar untuk tiba ke negara tersebut dan
menempatkan semula pewaris takhta yang sepatutnya.
Kubu Hantu di Dasar Laut : Nobita, Doraemon, Sinyu,
Giant dan Sizuka bercuti di dasar laut setelah bertengkar tentang percutian
sama ada di pergunungan atau di pantai. Mereka turut teruja dengan kapal yang
dipenuhi oleh emas yang ditemui secara misteri di perairan. Di dasar laut,
mereka menemui misteri apabila berjumpa dengan ketamadunan bawah laut, manusia
dasar laut dan kubu hantu yang terletak di Segitiga Bermuda. Terpulang kepada
mereka kini untuk pulang hidup-hidup dan pada masa yang sama menyelamatkan bumi
serta orang dasar laut.
Penjelajahan Sarang Hantu : Nobita menggunakan
'telefon' Doraemon dan meminta dia berada di dunia sihir. Walau bagaimanapun,
keadaan tidak menentu dan tidak terkawal apabila kedua-dua dunia tersebut telah
bercampur aduk dan di ancam oleh hantu yang berada di 'planet' lain yang ingin
mengawal bumi. Doraemon dengan Nobita perlu memasuki sarang hantu tersebut
untuk membunuh ketua hantu agar dapat menyelamatkan bumi dan mengembalikan
keadaan seperti sedia kala.
Perang di Angkasa Lepas : Nobita telah menemui
sejenis makhluk angkasa lepas yang sangat kecil dan menyelamatkannya. Mahkluk
tersebut meminta bantuan Nobita dan yang lain untuk menyelamatkan planetnya
daripada ancaman diktator kuku besi yang mengongkong mereka. Doraemon dan yang
lain yang turut dikecilkan bersetuju untuk membantu.
Nobita dan Panglima Besi : Kali ini Nobita menemui
sebuah robot misteri tanpa mengetahui robot itu bakal membawa masalah. Tambahan
pula, sebuah robot wanita telah muncul dan mencetuskan permasalahan yang
memeningkan Nobita dan Doraemon apabila kaum robot ingin menyerang bumi dan
menangkap semua manusia untuk dijadikan hamba. Seperti biasa, Nobita, Doraemon
dan yang lain perlu memulihkan keadaan.
Penunggang Dinosaur : Setelah memperoleh
keputusan yang teruk, Nobita perlu menyembunyikan kertas ujiannya. Doraemon
mencari lubang bawah tanah untuk dijadikan tempat persembunyian yang
kemudiannya digunakan sebagai tempat mereka bermain. Walau bagaimanapun, Sinyu
terserempak dengan benda yang tidak sepatutnya dan membawa mereka ke
penjelajahan bawah tanah yang merupakan dunia kepada dinosaur dan manusia
dinosaur. Tetapi, manusia dinosaur mempunyai agenda terhadap manusia di muka bumi
dan terpulang kepada mereka berlima untuk meleraikan kekeliruan yang dihadapi
oleh manusia dinosaur.
Kelahiran Negeri Jepun : Terowong masa mengalami
gangguan lalu membawa seorang budak dari zaman purba ke bilik Nobita. Maka,
Doraemon dan yang lain perlu membantu untuk menghantar pulang budak tersebut
(dalam pada masa yang sama pergi bercuti). Tetapi di sana, mereka sedar yang
budak itu mengalami maslaah besar terhadap kaumnya dan mereka perlu membebaskan
keluarga budak tersebut dari belenggu yang tidak sepatutnya berlaku.
Bintang Misteri : Nobita yang mengigau telah terjumpa
sebuah jalan ke planet yang didiami binatang yang mampu bercakap dan berjalan
seperti manusia. Perjalanan pergi balik mereka dan persinggahan mereka di sana
tidak bermasalah hinggalah jalan pintas itu hilang dan planet tersebut
diserang. Mereka perlu membantu haiwan di planet itu agara keindahan planet itu
tidak diceroboh dan dimusnahkan
Negara Lagenda : Pengembaraan ke dalam buku amat
menyeronokkan tetapi tidak jika tersangkut di dalamnya. Begitulah yang dialami
mereka apabila Sizuka terkandas di dalam buku "Sindbad". Yang malang
sekali, kecuaian Nobita membuatkan emaknya membakar helaian buku tersebut dan
menghalang mereka menyelamatkan Sizuka secara terus. Kini mereka terpaksa
menyusuri sejarah Hikayat Seribu Satu Malam untuk menjejaki Sizuka dan
menyelamatkannya.
Negara Awan : Angan-angan Nobita akan wujudnya
negara kayangan di atas langit menjadi kenyataan apabila Doreamon membina
negara di atas awan yang dibekukan. Walau bagaimanapun, mereka telah terjumpa
negara awan yang bukan milik mereka dan mendapati wujudnya ketamadunan dan
pemuliharaan haiwan yang telah pupus di sana. Malangnya, mereka mengancam untuk
menenggelamkan bumi dengan banjir besar kerana kemusnahan teruk yang dilakukan
penduduk muka bumi. Kini, mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menghalang
rancangan menenggelamkan bumi itu.
Istana Emas Putih : Percutian tidak
menyeronokkan jika tidak memperoleh tempat percutian yang selesa dan tidak
terlalu ramai. Mereka menemui "Istana Emas Putih" yang dikendalikan
oleh robot dan berada di sebuah pulau yang pelik. Walau bagaimanapun, keadaan
tidak menjadi baik apabila Doraemon diculik ke planet yang diperintah robot dan
Nobita serta yang lain terpaksa berkejar untuk menyelamatkan Doraemon dan
manusia di planet itu agar tidak terus diperintah oleh robot.
Tiga Sekawan Pahlawan Pedang Impian : Impian mereka untuk menjadi
pahlawan menjadi kenyataan apabila Doraemon menggunakan alatnya untuk
memasukkan Nobita dan yang lain ke alam mimpi. Tetapi seperti biasa, keadaan
tidak menjadi seperti yang diduga dan dengan berbekalkan pedang dan semangat
bersama, mereka perlu menjelajah alam mimpi tersebut, bertentang dengan naga
agar dapat mengembalikan puteri Sizuka ke istana dengan selamat dan
menyelamatkan istana tersebut daripada ancaman.
Kisah Penciptaan Dunia : Nobita diberikan alat oleh
Doraemon untuk mempelajari bagaimana terciptanya dunia dengan model penciptaan
dunia. Kini, Nobita perlu mencipta dunia seperti yang sepatutnya dan melihat
perkembangan dunia tersebut. Walau bagaimanapun, sejarah dunia ciptaan Nobita
tidak selari dengan dunia sebenar apabila sedikit kesilapan dilakukan ketika
mereka singgah dahulu yang menyebabkan serangga mempunyai kuasa di dunia bawah
tanah.
Keretapi Ekspres Galaksi : Iri hati dengan Sinyu yang
dapat menaiki Keretapi Ekspres, Doraemon membelikan tiket Keretapi Ekspres
Galaksi yang membolehkan perjalanan ekspres merentasi galaksi ke bintang
permainan dan percutian. Walau bagaimanapun, spesis parasit telah muncul di
sana dan ingin menguasai alam semesta. Mereka perlu menghalangnya sebelum
manusia dipergunakan parasit tersebut dan menjalankan rancangan yang lebih
teruk lagi.
Penjelajahan di Bandar Raya Alat Mainan : Nobita dan yang lain
mencipta dunia yang hanya didiami oleh alat mainan. Kehidupan semuanya berjalan
lancar apabila seorang pencuri muncul dan mengkucar-kacirkan bandar raya.
Nobita pula berjumpa dengan 'benda' ajaib yang mendakwa dirinya pencipta alam
semesta. Dengan keyakinan yang diberi, Nobita perlu membimbing yang lain untuk
menyelamatkan bandar raya tersebut.
Penjelajahan Laut Selatan : Nobita yang berlayar untuk
mendapatkan harta karun di pulau terpencil telah menemui sebuah kapal lanun
yang sesat. Mereka telah bertembung dan Nobita telah hanyut di bawa arus.
Kemudian bersama-sama menuju ke pulau harta karun dengan harapan dapat berjumpa
dengan Nobita dan lanun yang telah hilang. Tanpa diduga, mereka menemui
pelbagai hidupan pelik di sana yang membuatkan mereka diancam masalah baru.
Pengembaraan di Angkasa Lepas : Kisah ini lebih kepada
ala-ala Star Wars iaitu seorang budak yang bapanya telah dipengaruhi oleh
penjahat malah memusuhi anaknya sendiri. Budak tersebut bersama kawannya iaitu
pari-pari dan robot ingin mencari tempat hidup yang baru dan kemudian berjumpa
dengan Nobita. Nobita dan yang lain kemudiannya membantu budak itu menentang
kembali penjahat dan menyedarkan semula bapanya bersama kenangan ibunya yang
telah tiada.
Lagenda Raja Matahari : Nobita telah tertukar tempat
dengan seorang raja dari zaman dahulu. Doraemon perlu mencari Nobita dan
menghantar raja tersebut pulang tetapi Nobita pula mempunyai agendanya iaitu
menyelamatkan puteri yang diculik untuk dijadikan korban ketika gerhana
matahari. Mereka kemudian berganding bahu bersama-sama menyelesaikan misi
mereka.
Nobita dan Pahlawan Burung : Nobita dan Doraemon terjumpa
seekor manusia burung tidak tahu terbang dan kini mereka bersama-sama untuk
membantunya memenangi perlumbaan kelayakan untuk menjadi patrol burung
penghijrahan. Walau bagaimanapun, ada yang lebih buruk berlaku iaitu munculnya
raksasa yang telah lama dibekukan yang memaksa mereka membantu menyelamatkan
keadaan dan memanggil keluar manusia burung yang digeruni dalam legenda untuk
membantu mereka.
Negara Robot Nobita : Nobita telah menemui sebuah
robot kanak-kanak yang datang secara tiba-tiba melalui perkhidmatan
penghantaran robot. Robot kanak-kanak itu kemudiannya membawa Nobita dan yang
lain ke tempatnya yang ketika itu diperinta oleh permaisuri kejam yang mengikut
dan memberi arahan kepada robot. Permaisuri itu dahulunya adalah kawan sepermainan
robot kanak-kanak itu. Mereka perlu membantu menyedarkan permaisuri dan
membantu memulihkan pemerintahan yang adil antara robot dan manusia.
Nobita dan Pesuruh Angin : Nobita menemui pusaran
angin yang boleh berinteraksi. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kembar jahat
yang apabila digabungkan, akan membentuk angin bencana yang dahsyat. Angin itu
juga menemukan Nobita dan yang lain dengan masyarakat yang menggunakan angin
sebagai pengangkutan mereka. Walau bagaimanapun, hantu jahat yang mencipta
angin kembar itu kini mengancam mereka dan mereka pelu menentangnya.
Ruang Masa Kucing Anjing : Nobita menghantar anjing
peliharaannya dan anjing serta kucing terbiar yang lain ke zaman purba untuk
hidup dengan aman. Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila kucing dan
anjing berevolusi lalu membantu ketamadunan sebelum wujudnya manusia purba.
Walau apapun, Nobita ingin bertemu dengan anjing peliharaannya itu dan
memerangi sindiket kotor yang ingin merampas sumber kuasa utama kerajaan yang
kini bertahan sebelum mereka berhijrah keluar dari muka bumi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment